Wednesday, February 1, 2012

Tawakkal

salam semua,
setelah hampir setahun blog diabaikan..kini ku kembali! kembali ni pon sebab tatau nak luahkan kepada siapa kegemuruhan di hati, kalau tak agak agaknya mmg tak kembali dah kot ke blog ni.kuikuikuiii...

insyaAllah akan menerajui hidup ini ke fasa seterusnya sedikit masa lagi. huuiii! memang gemuruh! cuak ada, risau ada, gementar pon ada. kurang yakin dengan diri sendiri tu usah diperkatakan lagi, memang sangat2 kurang yakin!

jalan terbaik sekarang ni, tawakkal ajalah kan.

setahun berlalu, setelah Allah meminjamkan keupayaan untuk menamatkan masters' degree, Dia anugerahkan pula kekuatan untuk ku mencari rezeki..walau macam2 benda nak kena belajar dan adapt di tempat keja baru (*hee takde la baru sgt, dah setahun pon) sampai satu tahap rasa macam "aduuuuhhh sampai bila nak bertahan macam ni. setahun dua bolehla kot kena belasah ngn keja2 sebagai kuli ni,tapi kalo sampai ke tua dok macam ni, mati katak laaaa. takleh jadi nih, kena cari alternatif nih, ikot jalan lain pulak! takleh dah ikot jalan nih! ".

heh! jalan lain jalan lain, masih jugak ku dok tercongok kat situ.dok tahan lagik kena belasah ngn keja2 tuh.

berusaha, bertawakkal & redha :)

*err penulisan yg takde motif. mungkin motif tu akan dtg sedikit demi sedikit.hehee

jumpa lagi!

Monday, March 28, 2011

As u wish
U asked for it
Now u deserve it!

Monday, July 26, 2010

Peringatan

Pesanan ringkas: mohon sahabat sahabat tidak membaca entry ini jika tidak mendapat apa apa manfaat darinya.
(*Kakak & adik2 saya dikecualikan dari pesanan ini.mereka wajib membacanya)
Maaf, pesanan ringkas tu macam tak relevan je..mestila kena baca dulu baru tahu dapat faedah ke tidak kan. Hesh!

Ingat tak entry sebelum ini yang kakak cakap rasa nak baling Kristal kat dinding tu. Dalam entry tu kakak ada janji nak buat peringatan untuk diri kakak sendiri kan.Okey, ni kakak cuba nak menunaikan janji tersebut (* lepas ni kena berhati hati bila bercakap, kang terberjanji palsu kang payaaah.bak katanya omputeh, ni nak walk the talk la ni.hehee)

Peringatan Pertama

Sila bercekal mengunjungi doktor gigi paling kurang setahun sekali. “Come and check every six month. Once a year also can but six month is better” ni doctor gigi tu yang cakap kat kakak masa kakak pergi jumpa dia hari tu. Bukan sekali tau kakak pergi klinik tu tapi 4 kali bersamaan 4 hari tuuuu.. dalam masa seminggu oret, kakak dengan setia mengunjungi doctor gigi tu 4 kali. 4 kali tuuu..(*kakak bangga dengan diri sendiri. Adik2 semua bangga tak dengan kakak?)




Hari pertama : Pergi buat temujanji untuk jumpa doktor(*tak boleh main redah je tau adik adik ku sayang, nanti doctor tu cabut gigi gigi kamu baru tau!)

Hari Kedua : Masuk jumpa doctor seperti yang telah ditemujanjikan. Doktor tanya apa yang boleh dia tolong. Kakak cakap nak minta dia tolong check dan scaling. Doktor tu check n buat scaling. Dah sudah tu dia suruh datang lagi hari lain sebab gigi kakak ada dua tempat yang nak kena tampal.Kakak pergi semula kat kaunter pendaftaran, buat temujanji untuk seterusnya pulak pastu cepat cepat pergi makan sebab lapar (*kenapa lepas scaling je terus sangat lapar ? ke dia gerudi lemak lemak yang ada dalam perut ni skali tanpa kakak sedari? Hurmm mungkin jua..) oh doctor tu bagi kakak vitamin C sebab gusi kakak berdarah (*berdarah kena makan vitamin C ke? ) tapi vitamin C tu kakak dah tertinggal kat makmal.jadi buat kenang kenangan jelah..tak dimakan pon biji biji yang bewarna oren tu.

Hari Ketiga :Walaupon hari ketiga tapi sebenarnya beberapa hari lepas last appointment, bukan berturut turut kakak pergi jumpa doctor tu. Kakak kena tunggu gusi ni reda dari berdarah dulu baru doctor tu cakap dia nak buat filling (tampal). Okey dah sampai ni terus masuk, dan doctor tu tampal la gigi yang sebelah kanan. Pastu dia kata dah siap. Aik yang lagi satu dia tak buat pon? Dia suruh datang esoknya pulak untuk buat yang satu lagi.Oo0o..ingatkan dia nak buat dua dua terus. Pastu kakak pon pergi la isi borang temujanji untuk datang keesokannya..

Hari Keempat : Kakak sampai seperti waktu yang dah ditemujanjikan tapi doctor cam tadek lagi je..kakak tunggu...tunggu lagi..dan tunggu lagi...ish cam pelik jek, biasa tak kena tunggu cam ni. Pastu kakak pergi ketuk pintu bilik doctor tu, pembantu dia ada kat situ dan pembantu tu bagitau doctor mc (*sian doctor, dia pon sakit jugak walaupon dia doctor. Mungkin dia sakit lain kot, bukan sakit gigi sebab dia dah doctor gigi).o0oh patutla lama tadi tunggu tapi doctor tak sampai sampai.Pastu pembantu tu cakap buat temujanji lain, datang esok pulak untuk jumpa doctor. Pastu kakak pon buat la temujanjinya..

Hari Kelima : Pepagi tu kakak rasa sangat malas nak pergi klinik lagi. Perasaan nak balas dendam kat doctor kerana tak datang semalam bertandang-tandang(*Si tanduk yang berekor mula mencuba nasib). Kakak fikir semalam dah buat temujanji, tapi dia tak datang, jadi hari ni kakak pon boleh jugakla buat macam tu (*kejayaan mula menyinari ). Dia boleh, kakak lagi lagi la boleh! (*sinaran semakin terang) Tapi masalahnya kakak dah buat temujanji. Ish macam mana ni. Pergi ke tak pergi ke tak pergi ke tak (*masih cekal berusaha agar kejayaan ampuh digenggaman). Dan akhirnya...Syaitan berjaya! Kakak tak pergi jumpa doctor tu.kakak telah memungkiri janji...menjadi manusia yang tidak berpegang pada kata katanya..(*Kakak tergolong dalam golongan munafik kah kini? Oh Ampunilah! ) adik adik, kakak mohon jangan sekali kali mencontohi perangai terkutuk buruk kakak ini.Kakak juga berazam tak akan mengulanginya lagi.. (*tapi kakak puas hati kerana berjaya balas dendam kat doctor tu,Yea! Astagfirullahal azim Bahirah oi.. HESSHH ko syaitan, nyah ko dari sini!!)



akhirnyaa..setelah hampir sebulan dendam berjaya dibalas, kakak dengan muka tak malunya pergi lagi sekali jumpa doktor gigi tu.walhal dia tak ingat pon sapelah budak yang kunun2 nak balas dendam kat dia nih.haa tgk tarikh yg paling last tu, 27/7/2010 (*tak jelas eh gamba tu? mmg, sgt mmg tak jelas sebab ni amek gamba guna tepon antik.nanti kamu2 adiahkan kakak satu kamera canggih ye, yg bleh pusing2 tu lagi canteeekk! nama dia dlsr ke apa dah..). tadi baru je kakak p jumpa dia and buat filling kat gigi.dah sudah sume tu doctor tu ckp "don't have to come again. i'll see u in next six month". o0hh ingatkan dia dah tak bagi jumpa dia lagi dah..rupanya dia soh dtg balik lepas 6 bulan.ingatkan dia marah sebab kakak kunun dah balas dendam kat dia.gegeee...

p/s doctor tu sgt baik, nama dia Farah. Sgt cun! Doktor dari negara timur tengah tapi tak pasti negara mana. Okeys kamu, sape nak jadi dentist? m'sia tak cukup dentist ni, sampai kena import doktor Farah tu dtg sini.

kak ba berkata : heee..apa pengajaran yg adik2 dapat dari entri ini? yg paling kakak dapat ialah, gigi kakak dah OK!

JumPa LaGi =)

Thursday, July 8, 2010

Believe in Yourself

Assalamualaikum..adik2 ku serta kakak ku, apa yang kamu semua tengah buat sekarang? bersenang lenang memperabih kopi kat umah atau dok berguling2 atas katil main game kamoo semua!

akem, best dop dok UPM tuh?h0h mesti bersemangat tgk ramai awek2 cunzz kat sana tu.ngengee..imah, maseh bermentalan dgn FYP kah? (*hey, it just started okeh, tajuk pom tah kompem tah idak lagi dah nak bermental mental pulak.sila berjuang sebelum mementalkan diri oret!).Domey, puas dah ke menikmati cuti yg tinggal bape ari je tuh.hee nanti xleh dah nak melilau ngn si kancil, haa baru tau. amat,maseh cekalkah dikau berusaha mendapat tempat utk menyaingi iron chef? berusahalah! jgn mls nak jirus pokok lada tu skali. jannah, dah jgn makan lagi dah malam ni.nanti baju tersangkut kat lengan, xmuat nak pakai.kihkihhh.udah, folio siap dah ka? tgk cekal sungguh main game tuh? cikgu sham, ghost whisper apa kaba? kuikuikuii (*kakak saya sgt tabah berkongsi bumi n hidup ini dengan makhluk2Nya yg lain selain dari kita yg bernama insan.)

sahabat2 serta rakan2 yang tersinggah di halaman Yang Dikisahnya ini, korang apa kaba?
apa kisah korang pulak, kalo tak keberatan kongsi2la dgn kami, boleh dijadikan teladan dan rujukan meneruskan kehidupan, tak pon sebagai bahan gelakan pon ok jek.kehkehkehhh

Last few weeks, someone handed me a very sweet notebook.notebook utk catatan tu, bukan notebook canggih manggih laptop, kalola laptop..mak aihh!! teknologi jatuh ke riba! tuah yg tak tersangka sangka saya cakap awakkk. heee okey okey tak kesah la teknologi ke teknokuno yang jatuh ke riba ku ini tapi yg pastinya notebook ni sgt2la bermakna walau kecik n simple je. saya amat adore n respect dgn org yg bagi notebook ni. beliau seorang sahabat serta cikgu yang mmg superb. dapat pulak a cute lagi meaningful gift ni dari beliau, lagila saya suka :) terima kasih kpd beliau, semoga sentiasa dilimpahi kegembiraan seperti mana beliau sentiasa menggembirakan hati ramai org lain.We love U!

"I have something for you (saya sgt blurr bila beliau ckp mcm tu kat saya dgn tiba2 nya) I tot of u when i saw this (sambil hulurkan saya notebook dgn senyumannya yg sgt manis ituuu)". Saya dgn blurr nya amek notebook tu dan baca apa yg tertulis kat kulit notebook tu..

Believe in Yourself

Believe that you have the destiny
the innate ability
to become all you expect of life
You may be going through some difficult time
wondering about how things will turn out
find the meaning of life's struggles and accomplishments
Don't put away the dreams inside you
Be hopeful and determine
to make yourself exactly
what you want to be
Believe in yourself...
Nothing is beyond
your reach


Oh my! Beliau membuatkan saya rasa beliau berada dengan saya untuk meneruskan langkah ini (*ayat ni cam ayat sajak je?).
Those words carry huge meaning eventho only written on a small cute paper.

Saya ingin kongsi dan tujukan words ini kepada adik adik dan kakak saya yang sentiasa bersama saya walaupon secara fizikalnya kami bejauhan. Saya tahu, kakak saya dengan cekalnya meneruskan langkah2 beliau setiap hari nun di Borneo sana. Cikgu Sham, saya tahu kamu melangkah juga walau dgn segala kepayahan kan? Saya sgt kagum! Amat berbangga dengan kamu.Terima kasih kerana mewakili saya untuk menjadi pendidik( *ibu berkali2, dah tak terkira kalinya suruh saya jadi pendidik. selama 3 tahun ini ibu dengan penuh kesabaran sentiasa ajukan saya apply jadi pendidik. Err tapi sekarang ibu dah tak cakap apa2 la pulak pasal tu..ibu, sudah berputus asa kah ibu bila saya tetap berdegil? maafkan saya, saya belum mampu!).eh ni cam skrip drama jek.hurrmm..bleh buat duit ni.




adik adik saya, pahlawan pahlawan serta serikandi serikandi kebanggaan kakak! kakak tahu kamu juga bergelut dengan kepayahan masing masing tapi kakak yakin, kamu boleh mengatasinya. Kamu kan bijak dan kuat!

Sahabat2 saya yang amat saya hargai, kamu juga boleh melakukannya bukan? Saya amat pasti kamu boleh. Boleh dengan seboleh bolehnya dan secemerlang cemerlangnya!

Percaya dan yakin dengan diri sendiri bahawa kita boleh melakukan apa yang ingin kita capai dan miliki. Memang, sangat benar nak mencapai apa yang kita hajati tu bukan senang. Akan ada macam2 rintangan dan halangan. Kita pon tak dapat nak sangka, halangan tu akan datang dalam bentuk yang macam mana rupa, bila masanya, besar ke kecil, siap kadang kadang(*bukan stakat kadang2, tapi saya SELALU!) rasa nak bertolak ansur je dengan apa yang saya impikan atau usahakan. Dalam kata mudah, berputus asa (*Oh! saya mohon dijauhkan dari sikap ini bila terasa tak berdaya nak teruskan). Saya dipinjamkan kesihatan dan keupayaan olehNya untuk terus berusaha. Saya mesti teruskan! begitu juga dengan kamu semua, kita boleh melakukannya!

ba tiba2 kagum dengan dirinya kerana menaip entry yg berunsurkan motivasi & encouragement. Saya sedar saya adalah Bahirah, seorang yang hebat (*meminjam kata2 Lady Gaga untuk memotivasikan diri sendiri :)

Okey semua, jangan lupa kamu semua adalah seorang yang hebat.ingat tu oret! Jumpa lagi =)

Tuesday, July 6, 2010

Hatinya Kristal

Assalamualaikum..

Ayyoh! kakak agak tidak center la dik. Mengapakah dan bagaimanakah ini berlaku? Kakak pon tidakla pasti akan jawapannya tapi yang sgt pasti ialah rasa nak baling gelas kristal kat dinding biar dia hancur berderai, biar siket pon tak tinggal rupa,biar dia lebur lumat. Padan muka! (*Dah lama dah simpan hasrat nak adakan stok 3 dozen gelas kristal,bila emo,boleh baling kat dinding. bila tgk kristal tu pecah, rasa sgt puas ati. padan muka dia.kristal tu mestilah kristal yg sgt2 fragile supaya bila dia pecah, dia akan berderai menjadi butiran2 yg sgt halus.Tapi bukan kristal tu mahal ke, apsal beria2 kao nak buat stok untuk dibaling ke dinding cik ba oi! dah kaya sgt, p sedekah duit tuh, jgn nak humban tak tentu hala)


gelas kristal tu lagi nipis, lagi bagus. tapi yg mcm ni pon dah ok, dibaling dengan daya sebanyak 600Newton boleh lebur kan?

Err kenapa beria2 benar saya marahkan gelas ni. Sebenarnya saya tidakla sekali kali amukkan gelas kristal yg sgt cantik lagi mahal itu, tapi saya selalu imagine menda@org yang saya amukkan itu sebagai gelas kristal.0h! Ini satu peringatan.kamu kena berhati hati kalo saya bayangkan kamu adalah gelas kristal sebab itu menandakan saya benar2 marah sampai rasa nak baling kamu ke dinding n biar kamu berderai mcm gelas kristal itu! (*beriya bagi peringatan kat org, tapi peringatan kat diri sendiri tadek pulak.okey2, saya akan membuat peringatan kat diri sendiri plak len kali.JANJI!)


hah kan elok je ni guna bekas plastik, senang nak bwk p berkelah makan angin adik beradik.tu sbb kakak bwk bekas plastik masa g air terjun aritu, supaya kakak tak baling kat batu tu bila kakak marahkan kamu.ehehehe

cik ba cuba berfikir dengan waras : adakah entry ini adalah hint bahawa saya sedang marahkan seseorg? atau ramai org? (*kalo dah marahkan ramai org tu, mmg terang lagi bersuluh la kao yg bermasalah cik ba oi).

hati anda se fragile crystal? tahniah! anda memiliki sekeping hati yg tak ternilaikan olehnya si kristal. Peliharala dan didikla ia agar sentiasa menyusuri jalan2 yang secantik kristal.saya juga berazam menjadikan hati saya secantik kristal. berusahalah! (*err maksudnya pasni xleh dahla ada perasaan nak baling kristal kat dinding lagi.hurmmm..)

Thursday, June 17, 2010

Reluctantly do what i'm doing

Assalamualaikum..
Wah tajuk diatas kedengarannya sgt serius, siap lam bahasa omputeh lagi. Reluctant dalam bahasa kebangsaan kita ialah melakukan sesuatu dengan terpaksa.betul tak adik2 n sahabat2 sekalian, definisi reluctant itu?

Saya telah membaca blog kakak saya, beliau telah kembali ke S'wak, meneruskan tugas mendidik anak bangsa. hurmmm..ku tahu, dengan sgt terpaksanya dikau kembali ke S'wak kan? siap nekad nak minta tukar lagi ujung tahun ni. Bagus! saya suka kamu kembali ke semenanjung. Nanti saya nak minta kamu sponsor kami semua p main banana boat kat feringgi nun, pastu belanja makan aiskrim sekali.Saya janji saya akan belanja kamu makan roti tisu yg mcm kayu balak yg pernah saya ceritakan tu bila kamu belanja main banana boat itu nanti.Kamu kan kakak..wajib kena sponsor kami adik2 mu ini.hihihii 0h saya akan merindui kamu!




inila roti tisu balak itu. tu dah separuh tu memulun makan.roti tu mmg besauuu! tgk muka tuh, sampai terkial2 nak makan kayu balak.

erkk..panjang la pulak mukadimah reluctantly do what i'm doing ni...okay okay here we go! Beginilah kisahnya..

antara sebanyak2 menda, 2 menda i have to do although i do not like it that much

1. Finishing my master degree - c'mon only 1 sem to go!
2. Building my future

Mengapa saya mesti buat juga walau dgn segala kecekalan yg tak berapa nak ada? oh! why do i have to do it

1. As my mum wish. Last year after the so called discussion (*bertikam lidah sebenarnya!) i reluctantly accept the offer to continue my study.Itu pon setelah berfikir2, if this will make my mum happy then i'll do it. Before this, i didn't have that much time to be spending at my hometown because i was working in Penang (now i'm also in Penang dee) I only went back to my hometown once a month.tu pon dua tiga hari je.I did over heard my mum spoke to our neighbor, she felt other peoples' childs are hers because we are away from her n only came back once in a while. I think this is the chance for me to do something for my mum. There as her wish, i'm pursuing my studies!



tgk buku2 yg bederet tu."ibu, itulah bukti saya belajar". tgk meja tu berselerakan, maksudnya saya mmg belajar la kan. kalo elok cantik kemas tersusun tu mesti tak bukak2 buku tuh. (*ini ayat standard utk defend diri sendiri bila meja berserabut)



dan ibu tidakla tahu sebenarnya saya dok mengadap cik hitam manis ni hampir sepanjang masa mengerjakan kerja kerja yg saya pon tidakla tahu apakah kerjanya! (* ibu, i need to catch up with the technology, that is why i spend most of the time dgn cik hitam manis ni.hehhee)




haaa..cikgu sham, nanti bila saya konvo nanti, saya tanak ye bunga kekwa yg diambil kat tepi dewan tu. saya nak bunga mawar yg kembang2 warna merah tuuu..

2. This is very crucial part - Building My Future - no choice,I have to start n do it now.Unless someone volunteer wanna build for me. anyone?-cepat2! tawaran utk menggandakan pahala anda! pahala free pahala free!!.err u have to build it in my way, not your way anyway yeh.hoh! ada pulok rule n regulation.hehee.okay2 u can build it in your way but the result must be as per what i'm expecting for (* ni kompem konpem kao kena build sendiri cik ba oi!!)


oh ya, out of thousands n thousands n thousands of my wish, one of it must be this! spending time & money with my super duper marvelous siblings.



adik2, kamo semua mungkin belom pernah try lagi makan kat sini. kedai ni, walaupon kita bayar sume2 tu tapi kita kena masak sendiri. nak bakar ke, nak rebus ke, sume bleh. walaupon kat umah kita selalu bakar2 ayam, tapi kat sini bakar dia tak guna arang atau tempurung kelapa. dia guna ada satu besi warna hitam yg macam piring besar tuuu..kat tgh2 dia plak, dia letak satu bekas besi cam periuk kecik tu.kalo sapa nak makan makanan rebus, bleh campak ayam ikan udang sotong n mcm2 lagi kat dlm periuk kecik tu. kalo sapa yg nk makan bakar2, bleh bakar kat atas besi yg mcm piring tu.haaa..terliur tak terliur tak.nanti suatu masa nanti kita g makan kat situ ye!


oh ini pulak makan dlm cahaya yg samar samar.kakak mu ini telah terpergi ke sana setelah disponsor oleh seorang sahabat. kat sini tadek ikan tamban n ikan terubuk yg byk tulang tu, jadi makan dlm gelap pon insyaAllah takan tercekik tulang ikan.macam2 ada kat sini, boleh makan sepuas-puasnya. adik2,pastikan kamo semua tidak termuntah makan segala jenis yg ada bila kakak mu ini mengangkot kamo ke sini!

saya ada wish list yg sgt2 panjang, tapi takan la nak reveal sume kan. utk kali ini, cukupla setakat ini dulu.
cikgu sham, sila nyatakan apakah anda punya jawapan :
antara sebanyak2 menda, 2 menda i have to do although i do not like it that much
dan mengapakah ia adalah menda itu?

weeee..okey sehingga jumpa lagi!

Sunday, June 13, 2010

Pengenalan



Assalamualaikum..

Nama saya norbahirah. Dikalangan kawan2 rapat saya dikenali sebagai ba atau sape yang teringin nak buat senaman lidah boleh panggil saya bahirah. Bahirah panjang dari ba, lidah kena bekerja lebih sket untuk sebut bahirah. Sebenarnya mereka panggil saya bahirah kalau mereka baru kenal atau selalunya atas urusan2 kerja.. Anda boleh pilih ikut keselesaan, nak panggil ba atau bahirah. Tapi saya prefer ba, rasa cam member2 lama gitu =)

Mari saya ceritakan kenapa saya bercekal hati mewujudkan blog ini walhal sebelum ni rasa cam nak berblog-blog ni akan gunakan byk masa.kena dok ngadap jek berejam jam.kununnya saya sgt bz sampai berkira2 pasal masa la kununnya :

1. Saya terpengaruh dgn kakak saya iaitu tuan punya blog inihttp://nemukucikgu.blogspot.com/
saya terpengaruh tengok dia asek mengadap blog.sebenarnya blog dia belom la best sgt lagik.hikhikkk. cikgu sham, sila usahakan blog anda dgn lebih tekun. Tak best tak best pon, tadi baru saya tanya dia cane nak buat blog.hehee..Saya semakin-makin terpengaruh bila dia tunjukkan blog2 yg dia follow - bila baca2 blog2 ni rasa cam best la pulak..




yang berjaket grey itulah orgnya yg telah berjaya mempengaruhi diriku!

2. Adik saya yg pertama (kami lapan beradik, kakak anak sulung, saya kedua, dan saya mempunyai enam org adik )rupanya juga mempunyai blog! Saya tidakla tahu akan kewujudanhttp://kebuntulipimah.blogspot.com sehingga la semalam,saya termerayau2 di blog kakak saya dan terjumpa akan blog adik yg namanya imah ni. Ayyerk! setelah sekian lama baru ku mengetahuinya? agak ketinggalan la sket..


inilah tukang(* tuan) kebun tulip itu
3. Sebab ketiga merangkap ultimate reason why i'm reluctantly create this blog (reluctantly? tapi buat jugak!) because this is one way for me to keep in touch with my loved ones --->my siblings n family =). Besides phone, letter (tak pernah tulis surat pom sebenarnya, kad raya adala jugak zaman2 kad raya dulu..), facebook n our home sweet home in Pasir Puteh, blog is one of the best way!
Kami adik beradik tinggal bersepahan di sudut sudut bumi Malaysia bertuah ini dan masa untuk berjumpa dan berebut-rebut makan nasi kerabu dan juga roti sardin yg sgt lembut lagi sedap beharga 70 sen sebijik itu sgtla terhad.masa 6 tangan berebut rebut sebungkus nasi kerabu ari tu, saya berjaya makan 2 suap.Yeay! kejayaan besar tuh. tgn adik2 saya besar, mereka boleh kaut nasi2 tu dgn byk tapi saya tetap berjaya juga!
Tempat rasmi perjumpaan kami semua untuk aktiviti bergossip gossipan, lantak lantakan pelbagai jenis makanan, shopping shoppingan barang keperluan serta bazir bazirkan duit yang belom cukup banyak itu ialah di Pasir Puteh - tanah tumpah darah saya, kakak n adik2 perempuan. Boys tak dilahirkan di Pasir Puteh, lam surat beranak mereka warganegeri datuk sebelah bapa, Terengganu.
Selalunya sume org akan berkumpul dimarkas perjumpaan rasmi kami bila time cuti sekolah, cuti semester atau cuti raya. Kakak yg menjadi Cikgu Sham di Sarawak akan balik bila cuti sekolah, Imah di UPM Serdang, Domey di UniKL Lumut akan balik bila cuti semester. Saya pula di Penang akan balik bila saya rasa nak balik (*akan balik bila diberi kebenaran utk balik sebenarnya). sebelom ni time keje, kalo bos approve cuti blehla balik lama2 sket.skrg jadi student smula, saya bleh balik time cuti sem.lepas ni masuk keje smula mesti kena merayu2 kat boss mintak cuti cam dulu2 tu.~ boss, x elok tau tak bagi saya cuti, kalo takleh cuti, saya xleh balik kampung, kalo takleh balik kampung saya takleh jumpa adik2 saya..cuba kalo saya tak bagi boss jumpa anak2 boss, boss rasa cane ~ hikhikk..saya akan jadi boss yg baik bila saya masuk keje smula tahun depan (*sape yg nk bagi jawatan boss kat u ni cik ba oi).
Adik2 saya yg lain masih bersekolah kat Pasir Puteh, sedikit masa lagi sorang demi sorang akan kuar dari Pasir Puteh tu andai ditakdirkan kena cari ilmu jauh dari Pasir Puteh. Saya yakin mereka akan teruskan perjalanan mencari ilmu untuk bekalan hidup, cuma agak tak berapa yakin tempat pencarian ilmu tu adalah Pasir Puteh sebab Pasir Puteh blom ada U, ada sekolah jek.

4. Saya ingin visualize angan anganan saya nak pergi jalan2 makan2 buang2 duit bersama adik beradik saya kat blog ini. Nanti bila mereka dah dewasa (*tua la tu) mereka mesti terharu, one of the ultimate reason i'm creating this blog is for them! mereka dekat dengan saya walaupon saya jauh dari mereka.time tu saya akan minta mereka hadiahkan saya satu jacket hitam berkilat yg ada butang2 besar yg panjang dia sampai ke lutut tu (*sebenarnya saya berangankan jacket itu sekarang ini).hihii..sempat lagi berangankan jacket.

Okey sekarang saya persembahkan mereka semua!



paling kiri depan n paling kiri belakang ialah sepupu. lagi sorg adek tukang amek gamba kot, tu yg dia tadek lam gamba ni. takpe nanti lain masa saya buat close up muka sorg2 siap nama mereka skali. haaa...letak gambar terbaru mereka juga! gambar ni dah lama, 2 tahun lepas kot rasanya

ini pulak the girls. gambar diambil semasa kami bermalam dirumah datuk belah mak. selalunya bila sume balik pasir puteh, kami akan g tido umah datuk. kat sana kami dijemput (*dimestikan sebenarnya) solat berjemaah n lepas tu dgr tazkirah dari datuk. sorang2 kunun2nya dgr la tazkirah tu tapi lam hati "hesshh bila nak isya' ni". bila isya' dah masuk, tazkirah akan stop.lepas tu kami leh solat isya'.lepas tu kami bleh makan2 borak2 gossip2. makan2 borak2 gossip2 ni la part yg saya suka bila balik kampung!

ba berkata : saya baru belajar nak create blog n sgt2 kagum dgn org2 yg selalu update blog dgn segala skill n creativity mereka. Setinggi2 terima kasih kpd Cikgu Sham atas tunjur ajar (*mempengaruhi sebenarnya).

Okey. JUMPA LAGI =)